Pages

7 Ogos 2012

Cerita Kami

Salam Ramadhan buat orang di kampung, pastinya petang dan malam meriah. Rindu sangat suasana cam tu. Abe suka tengok video yang ada tokma dan kakak, pasti dia pun rindu juga.
Okey la, tak nak cite sedih..hari ini khabar dari kami. Qaisara demam, mungkin sebab beralih kebolehan (cam pelik je). Qaisara dah pandai merangkak, first time tengok terkejut juga, x tunjuk ciri-ciri nak merangkak, tiba-tiba letak je, terus merangkak.





Aktiviti abang dan adik:
Cuba tengok betul-betul abang pakai baju apa
Sementara mereka main bersama (ye la tu main, hakikatnya adik dibuli), ummi curi-curi masa kemas dapur sikit.

.
Ni stok untuk bulan puasa, x rugi beli, memang sedap sehinggakan tiap kali berbuka sebelum makan nasi, mesti makan biskut kacang dan tart epal (kawan-kawan 1 office yang buat ni). air masak dalam botol tu penting, air masak kalau tak tertutup rapat, mesti semut mayat masuk. Sakit hati betul dengan semut-semut tu, air masak yang dia suka. dalam gula tak de pulak, moden betul semut sekarang. Kalau nak makan biskut-biskut raya kena pastikan air masak sentiasa ada.

Rumah tak sempat kemas, sebabnya time anak-anak semua tidur, time tu la ummi boleh tidur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...