Pages

8 Ogos 2012

Qaisara dan Puding Pisang

Semalam rasa nak makan puding Pisang Di Raja. Rehat tengahari keluar pergi beli pisang, ikan sela kecik 4 ekor, sayur dan teh boh uncang. Balik kerja, sempat masak nasi, goreng ikan dan buat sayur air. Siap awal sikit. Alhamdulillah, masa yang ada sempat lagi buat puding pisang sementara adik dan abang kusyuk bermain. Adik cepat bosan kalau dia main sorang-sorang, tak sampai 5 minit, mula la bergerak pergi dapur. Nak buat air teh, kena dukung la dia kalau tidak, diseret dan dikautnya sampah-sampah dalam perjalanan ke dapur masuk dalam mulut.

Jarang goreng ikan, biasa goreng telur dan ayam je, semalam ajar abang, yang dia makan ni namanya  ikan, malam sebelum tu sotong..tapi dia sebut atong. semua benda yang disebut mula dengan a.


Kalau ada kesempatan nanti ummi masak untutk tok ayah dan tok ma mesti suka. Abang suka Puding Pisang Di Raja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...